fbpx

Sindiket borong, bekal pelbagai dadah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR (kanan) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Satu sindiket yang memborong dan membekalkan dadah di negara ini tumpas susulan penahahan enam individu termasuk dalangnya di Johor Bahru dan Seri Alam baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, dalam serbuan secara berasingan dari pukul 1 tengah hari hingga 1 pagi itu, pihaknya merampas pelbagai dadah jenis seberat 6.75 kilogram (kg) bernilai RM510,628.

Katanya, kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua wanita asing berusia 22 hingga 39 tahun.

“Sindiket ini beroperasi seperti pemborong atau pusat sehenti dadah, semua jenis dadah yang ada permintaan mereka akan bekalkan.

“Mereka menjadikan kondominium berpagar dan dilengkapi pengawal sebagai stor simpanan dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis merampas 5.77kg serbuk ekstasi, 206.65 gram (g) pil ekstasi, 940 biji pil erimin 5, 288g ketamin, 127.5g syabu dan 88.2g ganja dengan nilai keseluruhan  RM510,628.

Polis turut menyita enam buah kereta, pelbagai barang kemas dan wang tunai berjumlah RM98,000.

“Hasil saringan urin mendapati tiga suspek positif ketamin dan methamphetamine. Semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah. Dalang sindiket itu juga  mempunyai rekod Orang Dikehendaki,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI