fbpx

Pesakit paling terabai telefon 999 dari katil hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wild terpaksa menghubungi 999 dari katil hospital selepas tidak diberikan ubat. – Metro UK

LONDON – Seorang pesakit yang terlantar berbulan-bulan di atas katil sebuah hospital terpaksa menelefon panggilan kecemasan 999 disebabkan tiada doktor untuk memberinya ubat penahan sakit, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Martin Wild, 73, dimasukkan ke Hospital Salford Royal di Britain akibat jangkitan pada tulang belakang pada 8 Mei tahun lalu.

Namun, dia terlantar berbulan-bulan tanpa diberi perhatian wajar, menyebabkan seorang perunding kesihatan menyifatkan keadaannya sebagai pesakit paling terabai.

“Saya meminta ubat penahan sakit, namun (jururawat) memberitahu bahawa mereka tiada kuasa untuk memberikan ubat itu kepada saya. Saya kemudian meminta untuk bertemu doktor.

“Jururawat kemudian memberitahu bahawa doktor sibuk dengan lebih 100 pesakit lain dan saya bukan keutamaan. 

“Saya berada dalam kesakitan, justeru saya menguhubungi 999,” kata Wild.

Pesara tersebut dibenarkan pulang ke rumah tidak lama selepas itu, namun dia dimasukkan semula ke hospital berkenaan beberapa hari kemudian kerana mengalami kesakitan melampau pada tulang belakang.

Dalam pada itu, pengendali hospital berkenaan, Northern Care Alliance NHS Trust tampil memohon maaf kepada Wild berhubung insiden yang berlaku. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI