JERANTUT – Sepasang suami isteri memerlukan RM4,000 setiap bulan untuk keperluan anak ketiga mereka, Muhammad Yusshah Danish Yussery, 20, yang kini koma selepas terlibat dalam kemalangan pada 1 Jun 2020.
Rozita Hamzah, 51, berkata, jumlah itu bagi membeli 15 tin susu khas, lampin pakai buang, beg air kencing dan ubat-ubatan.
Katanya, setiap satu tin susu jenama Optimum dan Myotein seberat 800 gram hanya bertahan selama dua hari.
“Bulan depan, anak saya perlu menukar tiub saluran susu di perut dan kos RM800, manakala untuk tiub di leher juga perlu ditukar dengan kos RM200 setiap enam bulan sekali,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini
Dia yang menawarkan khidmat peralatan pengantin bersama suaminya berkata, sehingga kini telah menghabiskan kira-kira RM50,000 untuk tujuan perubatan Muhammad Yusshah.
“Sejak anak saya terlantar, rutin harian kami berubah, perniagaan juga terjejas apabila tidak banyak tempahan ekoran banyak masa kami tertumpu padanya selain banyak persaingan.
“Kecederaan teruk di bahagian otak menyebabkan dia tidak boleh bergerak langsung serta terlantar sehingga kini.
“Selain itu, dia juga patah tulang leher, pergelangan bahu, tangan dan jari,” ujarnya.
Bercerita lanjut, Rozita berkata, dia dan suami telah menjelajalah ke merata tempat di Semenangjung bagi tujuan perubatan anaknya, namun sehingga kini belum menemui sebarang hasil memberangsangkan.
“Tidak tahu lagi idak tahu macam mana lagi cara perubatan untuk menyembuhkan penyakitnya, namun sesungguhnya kami reda dengan ujian ini,” ujarnya.
Rozita memberitahu, anaknya menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun mereka sangat mengharapkan ada agensi lain serta individu yang boleh membantu.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Rozita menerusi talian 018-9103179 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141282978 (Rozita Hamzah).