fbpx

Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEGAWATI bersama barisan pemain kelab bola tampar Red Sparks. – AGENSI

SEOUL  – Pemain bola tampar Indonesia, Megawati Hangestri Pertiwi menerima pujian ramai kerana membantu mempopularkan liga bola tampar Korea Selatan, lapor saluran televisyen tvOnenews semalam.

Gadis yang turut dikenali sebagai Megatron, 24, itu  buat pertama kalinya terpilih menyertai kelab Korea Selatan, Red Sparks selepas Persatuan Bola Tampar Korea Selatan (KOVO) mengubah peraturan permainan pada tahun ini dan membenarkan  kemasukan lebih ramai pemain import.

Megatron yang memakai tudung dikatakan setanding dengan idolanya, Kim Yeon-koung.

Sementara itu, dalam akaun Youtube GS Caltex, anak perempuan Gyselle Silva yang bermain untuk  pasukan K-Star dalam liga tersebut begitu tertarik dengan hijab dipakai oleh Megawati.

Detik manis Megatron yang bermain bersama pasukan Red Sparks sebelum terpilih menyertai Liga V  itu kemudian menerima banyak komen positif netizen. 

Ramai netizen mengagumi sikap Megatron yang ramah dan mudah bergaul dengan orang ramai tanpa mengira usia di Korea Selatan.

“Islam mengajarkan adab lebih tinggi. Setinggi mana pun ilmu kalau tidak punya adab, tidak ada manfaatnya. ‘Respect’ buat Megawati,” komen netizen. 

Seorang lagi netizen menulis: “Kagum dengan Megawati, mudah bergaul dan sebaik itu.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI