fbpx

Pelabur swasta suntik dana projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sesi penggulungan Persidangan DUN di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan pelabur swasta untuk menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV), Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd. (KAHSB) bagi membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perjanjian itu ditandatangani pada 22 November tahun lepas yang menjadi perkembangan terkini projek mega tersebut.

“Ada pertanyaan mengenai perkembangan KXP, perkembangan semasa melibatkan proses pengaktifan terakhir untuk melengkapkan pendaftaran SPV berkenaan.

“Proses ini mengikut prosedur Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mesti dipatuhi selangkah demi selangkah. Setelah selesai proses ini, barulah kemasukan dana oleh pelabur berjumlah RM2.5 bilion akan dilaksanakan mengikut jadual yang dipersetujui,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mengulas hubungan dengan Kerajaan Persekutuan, Muhammad Sanusi berkata, terdapat perkembangan positif daripada Mesyuarat Perdana Menteri bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini berkaitan projek KXP.

“Susulan itu, KXP AirportCity Holdings Sdn. Bhd. dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) sedang mempersiapkan dokumentasi untuk dibentangkan kepada agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Katanya, bagi memastikan ketersediaan modal insan untuk pembangunan Kedah Aerotropolis, KXP AirportCity giat melaksanakan Program Perantis Aerotropolis Kedah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI