fbpx

Miji Cromok meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Miji yang menghidap kanser hati tahap empat meninggal dunia di Kelantan pukul 10.40 malam tadi.

PETALING JAYA – Bekas pemain dram band thrash metal popular, Cromok iaitu Miji yang menghidap kanser hati tahap empat meninggal dunia di Kelantan pada pukul 10.40 malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham Miji atau nama sebenarnya, Tarmizi Mokhtar, 58, dikongsikan rakan seperjuangan yang juga pemain gitar Cromok, Karl menerusi Facebook.

“Dengan penuh kesedihan dan rasa kehilangan yang mendalam, kami ingin memberitahu Tarmizi Mokhtar (Miji Cromok) telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mac 2024 pukul 10.40 malam.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarganya di masa kesedihan ini,” katanya.

Karl turut memaklumkan jenazah dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan.

Katanya lagi, urusan pengebumian akan disempurnakan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas.

“Pada yang berkesempatan kami berharap agar dapat menyertai perjalanan terakhir ini sebagai tanda penghormatan kepada arwah.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, Karl memaklumkan rakannya itu dirawat di sebuah hospital akibat penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Kumpulan terbabit mengumumkan pengunduran Miji berikutan masalah kesihatan ketika konsert Ulang Tahun ke-30 Cromok – Forever In Time di Zepp Kuala Lumpur sekitar Oktober tahun lalu.

Miji yang turut hadir pada konsert terbabit bagi memberi sokongan terhadap rakan seperjuangan kelihatan bertenaga.

Miji dan Karl adalah anggota asal Cromok selain pengasas band berkenaan bersama Sam (penyanyi, bass) dan Din (gitar, penyanyi) ketika mereka menuntut di Sydney, Australia pada 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI