PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh sensasi, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan menafikan dakwaan sebilangan pihak bahawa berlaku konspirasi bersama suaminya Aslam serta isteri kedua lelaki itu demi melariskan jualan sebuah jenama pakaian.
Umisya menerusi Instagram Story menjelaskan keadaan sebenar berlaku yang melibatkan suaminya dan anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu.
“Waktu ‘shoot’ memang Aslam dan M (merujuk Marissa) tiada bersama.
“Penjelasan ini dibuat untuk mengelakkan fitnah yang berleluasa. Ada yang kata marketing semua ini. Ya, mungkin marketing untuk jenama ‘tut’ tapi bukan untuk Umisya,” tulis seorang pengguna Instagram dipercayai sahabat yang menguruskan kerjaya Umisya.
Jelasnya lagi, sebelum penggambaran berlangsung, pihak Umisya memang tidak diberitahu tentang penglibatan Marissa dengan jenama sama.
“Kami memang tak tahu langsung yang jenama ‘tut’ itu ambil si Marissa untuk model baju mereka juga.
“Sebelum kami ambil ‘job’, kami akan teliti dahulu media sosial sesebuah jenama demi memastikan tiada Marissa.
“Waktu sampai di lokasi ‘shoot’, barulah keluar gambar Marissa dalam media sosial jenama tersebut. Waktu itu, nak cancel (batal) job memang dah tak boleh.
“Sebab bayaran pun dah diterima dan kami pun sudah sampai di tempat kejadian cuma minta jasa baik pihak mereka untuk keluarkan dulu hantaran (posting) Marissa. barulah gambar-gambar (model) yang lain,” jelas pengguna Instagram bernama Eaisyah Listra itu.
Dalam pada itu, Umisya yang tersepit dengan situasi tersebut kecewa dengan pendekatan digunakan jenama pakaian tersebut.
Menurutnya, apa yang berlaku adalah sangat tidak sensitif.
“Saya faham peniaga-peniaga semua ada bermacam cara untuk pasarkan produk mereka.
“Cuma tak pernah terfikir akan sampai begini. Nak pula tentang sensitiviti sekeling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak.
“Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi, segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaan-Nya,” coret Umisya.
Terdahulu, selepas hampir dua bulan mengunci mulut, Marissa akhirnya secara terbuka apabila tampil melakukan sesi fotografi bersama suaminya, Aslam untuk sebuah jenama pakaian lokal.
Menerusi video yang kini tular dalam media sosial, Marissa, 20 yang tampil berpakaian sedondon berwarna hitam bersama Aslam yang dipercayai turut bertindak sebagai model jenama pakaian sama bagi keluaran hari raya Aidilfitri tahun ini.
Paling mencuri perhatian adalah adegan Marissa membetulkan butang baju milik Aslam dan mereka tidak kelihatan kekok digandingkan bersama. – KOSMO! ONLINE