JAKARTA – Seorang ketua kampung di Magetan, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian pengguna media sosial kerana menyerahkan mas kahwin berupa seluruh harta miliknya kepada isteri baharu, lapor laman berita Detik hari ini.
Nur Hidayat, 58, yang merupakan seorang duda, mengahwini janda bernama Sukatin, 45.
Bapa dua anak itu berkata, semua hartanya itu merangkumi rumah, tanah sawah dan kenderaan.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung Jumaat minggu lalu dengan mas kahwin yang diserahkan kepada Sukatin mendapat persetujuan dua anak Hidayat.
“Benar, saya menyerahkan seluruh harta benda kepada isteri sebagai mas kahwin.
“Kedua-dua anak saya mengizinkan saya untuk menyerahkan mas kahwin tersebut,” katanya yang turut mempunyai dua orang cucu.
Tambah Hidayat, harta yang dimilikinya selepas berkahwin dengan arwah isteri pertamanya berjumlah lebih 3 bilion rupiah (RM902,569). – AGENSI