fbpx

Kerajaan belum berhasrat mansuh tol Gombak dan Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (tengah) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika Perasmian Pembukaan Sebahagian Seksyen 5A Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub ByPass sepanjang 6.4 kilometer di Raub, hari ini.

RAUB – Kementerian Kerja Raya (KKR) belum berhasrat memansuhkan bayaran di dua Plaza Tol melibatkan Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 1 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemansuhan tol di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak itu akan membebankan kerajaan dalam mendapatkan dana bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

“Saya harap semua pengguna jalan raya faham sekiranya tol ini dimansuhkan akan membebankan kerajaan untuk dapatkan sumber kewangan. Ini kerana kita perlu pastikan standard jalan yang sepatutnya dibuat dan tidak kurang pentingnya untuk kita pastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Andai kata kita kurang dana nanti risau kita tidak dapat menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan sempurna dan baik,” katanya selepas Perasmian Pembukaan Sebahagian Seksyen 5A Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub ByPass sepanjang 6.4 kilometer yang turut disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dekat sini hari ini.

Isnin lalu ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) menggesa kerajaan memansuhkan sekurang-kurangnya dua tol masing-masing di Gombak dan Karak sebagai usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas bagi pengguna LPT.

Menurutnya, langkah itu penting dalam mengambil kira kewujudan empat tol yang terpaksa dilalui pengguna LPT menuju Pantai Timur iaitu Gombak, Bentong dan Karak serta di laluan keluar menyebabkan kesesakan yang melampau.

Dalam pada itu, Alexander berkata, KKR sentiasa mencari jalan bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang meningkat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI