NAMA The Gadys yang dianggotai tiga penyanyi wanita masih menjadi bualan selepas persembahan di sebuah majlis anugerah dua minggu lalu diibaratkan bertahap lebih rendah daripada aksi budak sekolah rendah.
Malah, kumpulan vokal harmoni yang ditubuhkan sejak 2021 itu sekali lagi memancing perhatian apabila hos AJL38, Sherry Alhadad memetik nama mereka dalam siaran langsung, Ahad lalu.
Namun, sesetengah individu menganggap nyanyiaan sumbang The Gadys semasa persembahan langsung sebagai kesilapan biasa yang di luar jangkaan.
Tidak terkecuali pelakon senior Azhar Sulaiman atau selesa membahasakan diri sebagai Behar yang berharap netizen jangan yang berlebih-lebihan mengutuk The Gadys.
Secara berseloroh, dia tidak menolak andai salah seorang akhirnya sama ada Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan bertemu jodoh dengan anak bujangnya, Andika Rees Pahamin.
Kata bapa kepada tiga anak itu, dia reda selain berserah kepada takdir andai bergelar mentua kepada The Gadys.
Lucunya, Azhar sempat bergurau dengan mengatakan kalau bukan Andika, siapa tahu mungkin dia yang berjodoh dengan salah seorang The Gadys. Amboi Behar!
MIZZ LAHAR: Banyak betul jongkong emas usahawan yang rumah kena pecah tu, lain kali kurangkan tayang kekayaan.