fbpx

Che Nom kecewa, video masakan ‘dirembat’ orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Nom meluahkan rasa kecewa setelah video masakkannya di platform YouTube dicuri dan dimuat naik di laman TikTok.

PETALING JAYA – Youtuber masakan terkenal, Che Nom meluahkan rasa kecewa setelah video masakkannya dicuri dan dijadikan ‘content’ (kandungan) oleh pengguna TikTok lain sehingga meraih hampir 96,000 pengikut.

Menurut Che Nom atau nama sebenarnya, Norma Bakar, sia-sia sahajalah penat lelahnya merekod, menyunting serta mengedit video sekiranya hasil kerjanya begitu mudah dicuri oleh pihak lain.

“Penat-penat sahaja kita masak, rakam dan edit. Macam itu sahaja dia ‘rembat’ video kita. Tinggi pula tu jumlah tontonan,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook, hari ini.

Menurut Che Nom, individu tersebut telah mencuri video miliknya yang dimuat naik ke dalam platform YouTube sebelum ia disunting dan dimuat naik ke akaun TikTok @caramasakk1.

“Sebelum ini, kes yang sama pernah berlaku kepada pencipta kandungan yang lain. Sudah buat aduan tetapi tiada tindakan.

“Ada saluran lain ke untuk saya buat laporan selain kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)?,”soalnya.

Meninjau ke ruangan komen, pengguna di laman Facebook memberi cadangan agar Che Nom meletakkan ‘watermark’ pada video untuk mengelakkannya daripada dicuri.

“Selepas ini, semua kena letak watermark untuk elak kes kecurian sebegini berlaku lagi pada masa hadapan,” kata Aqila.

“Kalau Che Nom letak watermark, pencuri susah nak edit. Mudah-mudahan, orang yang tengok video itu tahu itu video Che Nom,” kata Fiza.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 17,100 tanda suka dan 1,600 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI