fbpx

Bakal pengantin meninggal dunia pada hari pernikahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Auliya jatuh sakit beberapa jam sebelum acara akad nikah. – Facebook

JAKARTA –  Seorang bakal pengantin menghembuskan nafas terakhir  hanya beberapa jam sebelum acara akad nikah berlangsung, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Bombana, wilayah Sulawesi Tenggara.

Berdasarkan hantaran mengenainya yang dimuat naik di laman Facebook, mangsa dikenali sebagai  Aulia Istiqamah dikatakan sepatutnya mengahwini pasangannya, Dedi Septian kelmarin.

Namun, dia mengalami kekejangan sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) menjelang acara pernikahan yang dijadual berlangsung pada pukul 9 pagi hari yang sama.

“Allahyarhamah sempat mencuba pakaian pengantin sehari sebelum dia bernikah. Dia mengalami kekejangan pada pukul 3 pagi,” kata individu yang memuat naik hantaran tersebut.

Tambahnya, Aulia dibawa ke hospital berdekatan  pukul 7 pagi (waktu tempatan) sebelum diisytiharkan meninggal dunia sekitar tiga jam kemudian.

Tidak dinyatakan punca sebenar kematian Aulia, namun menurut perawat setempat, wanita itu mengalami tekanan darah tinggi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI