fbpx

Attar Azim mula jalani kaunseling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK Attar Azim (kiri) kini tinggal sebatang kara selepas kehilangan ahli keluarganya dalam kemalangan baru-baru ini.

IPOH – Attar Azim Syukran Jamil, 9, mula menjalani sesi kaunseling bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas terbabit kemalangan minggu lalu yang mengorbankan empat ahli keluarganya.

Dia merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut yang berlaku di Kilometer 76.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada minggu lalu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sesi kaunseling yang dimulakan pada Isnin lalu akan diteruskan setiap dua minggu di kediaman datuknya di Felda Trolak Utara, Sungkai.

Katanya, emosi kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan stabil berdasarkan maklum balas sesi pertama kaunseling yang dijalankan.

“Kita akan melihat perkembangan emosinya sama ada tertekan atau sebaliknya. Jika sudah stabil, sesi berkenaan boleh dihentikan,” katanya ketika ditemui pada majlis Bicara Goal & Gincu dan Pelancaran Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak 2024 di sini hari ini.

SALBIAH (empat dari kanan) hadir dan merasmikan Pelancaran Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak 2024 di Hotel Kinta Riverfront di Ipoh hari ini.

Salbiah berkata, pemantauan mendapati keadaan Attar Azim yang kini yatim piatu dibantu sistem sokongan keluarga yang baik.

“Kita akan membuat pemantauan berterusan kerana di peringkat awal, kanak-kanak seusianya tidak begitu terkesan sehingga satu tahap dia akan mula rasa kehilangan itu.

“Jadi sepanjang tempoh itu jika ada keperluan mendesak, kita akan pergi kepada sesi lain yang lebih bersesuaian dan diperlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI