fbpx

Anwar seru palabur ASEAN intai peluang kerjasama dengan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir di Persidangan Invest ASEAN Conference 2024 di Melbourne, Australia. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru barisan pelabur dan ahli perniagaan dari Australia serta ASEAN untuk mempertimbangkan Malaysia sebagai rakan strategik dalam dunia pelaburan.

Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau memaklumkan, Malaysia mempunyai kestabilan politik dan dasar kerajaan yang mampu menawarkan insentif untuk dimanfaatkan para pelabur serta ahli perniagaan dunia.

“Marcapada mencabar mana-mana negara untuk saling berlumba mendapatkan lebih banyak peluang pelaburan dan perdagangan bagi pertumbuhan lebih mampan.

“Justeru, saya maklumkan pelabur dan ahli perniagaan ASEAN dan Australia yang hadir di Invest ASEAN Conference 2024 supaya menimbang Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar dalam hantaran berbeza berkata, jaringan tang telah wujud di antara Malaysia dengan pelabur Australia dan ASEAN sejak lima dekad lalu perlu diangkat ke tahap lebih maju.

“Persahabatan dan masa depan. Memartabatkan hubungan persahabatan ASEAN dan Australia yang terjalin sejak 50 tahun lamanya adalah kunci untuk masa hadapan lebih baik di rantau ini.

“Malaysia percaya, jaringan yang telah wujud dan diwarisi itu perlu diangkat ke tahap lebih maju dengan menumpukan kepada kerjasama dan menangani perselisihan, demi keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran.

“Ini penting untuk dicorak kepada bakal generasi pelapis pemimpin dan masyarakat ASEAN agar setanding dengan benua lain pada masa akan datang,” jelasnya.

Anwar ketika ini dalam rangka lawatan rasmi ke Australia bermula 4 Mac sehingga hari ini atas jemputan rakan sejawatannya, Perdana Menteri, Anthony Albanese. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI