fbpx

Suami pukul, pijak tiga anak geram isteri tolak makan malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JASIN – Seorang lelaki bertindak kejam apabila memukul dan memijak tiga anak perempuannya gara-gara isteri enggan makan malam bersama dalam kejadian di Merlimau di sini minggu lalu.

Suspek yang berusia 40 tahun ditahan pada pukul 1.40 pagi selepas isterinya membuat laporan polis pada hari kejadian, 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian berlaku selepas suspek pulang ke rumah pada pukul 10 malam dan mengajak isterinya untuk makan malam bersama-sama.

“Wanita itu bagaimanapun menolak pelawaan tersebut kerana suspek berada di bawah pengaruh alkohol.

‘Suspek secara tiba-tiba memarahi dan menendang isterinya sebelum wanita itu lari masuk ke dalam bilik tiga anaknya yang berusia 12, 14 dan 16 tahun,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek kemudian dikatakan melakukan aksi tidak senonoh sebelum menampar salah seorang anaknya, selain memijak kepala dua yang lain.

“Si isteri cuba menghalang tetapi tidak berjaya dan terus keluar ke rumah ibu mentuanya yang terletak berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

“Kesemua mangsa dalam kes ini membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya

Suspek yang tidak bekerja direman dan akan dituduh di Mahkamah Melaka esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI