fbpx

Remaja OKU ditemui mati lemas selepas main air di longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat remaja OKU yang ditemui mati lemas ketika bermain air longkang di Jalan Rajawali 16, Taman Wawasan, Kulai.

KULAI – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati lemas ketika bermain air longkang di Jalan Rajawali 16, Taman Wawasan di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.41 malam semalam.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki berusia 17 tahun itu.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku terdapat seorang mangsa OKU berumur 17 tahun dipercayai lemas ketika bermain air di longkang. Kerja-kerja pencarian awal dilakukan di sekitar mangsa terakhir dilihat namun menemui jalan buntu.

“Operasi hari kedua hari ini melibatkan pencarian di sepanjang tali air dan berjaya menemui mangsa pada jarak 5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fairuz berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI