fbpx

Pengarah syarikat buat tuntutan palsu hampir RM1 juta ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selama empat hari selepas disyaki terlibat tuntutan palsu bernilai hampir RM1 juta.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat kerana disyaki terlibat tuntutan palsu berjumlah hampir RM1 juta.

Tuntutan palsu dibuat suspek lelaki berusia 50-an itu melibatkan kerja penyelenggaraan stor minyak, pemasangan paip dan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 9 Mac 2024 ke atas suspek telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai ditahan kira-kira pukul 7.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu yang dilakukan pada tahun 2021 membabitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan di Kota Belud berjumlah lebih RM490,000.

“Suspek juga dipercayai telah membuat tuntutan palsu kerja penyelenggaraan stor minyak, pemasangan paip dan CCTV berjumlah lebih RM470,000 di Lahad Datu sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI