fbpx

Man, Nik Subong ceroboh kampung di Gua Musang dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Subong (tengah) berjaya dinaikkan ke atas lori selepas dipujuk oleh Sanum dan Kasturi di RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kira-kira 400 pekebun di Kampung Subong dan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini menarik nafas lega apabila dua ekor gajah jantan liar yang sering mengganggu kebun mereka berjaya dikeluarkan dari kawasan itu hari ini.

Operasi pemindahan haiwan bernama Man Subong dan Nik Subong berusia 20 tahun itu dibuat sejak semalam membabitkan 20 anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Terengganu dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.

Pemilik kebun, Zahari Daud, 52, berkata, dia bersyukur kerana masalah gangguan gajah liar di kebun penduduk dapat diatasi dengan kadar segera.

Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak pantas menangkap gajah tersebut selepas menerima aduan daripada penduduk hujung bulan lalu.

“Kami lega apabila gajah berjaya ditangkap dan dipindahkan. Terima kasih kepada Perhilitan ats usaha ini.

“Ini merupakan operasi pemindahan gajah yang ketujuh di kawasan ini. Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan untuk jangka masa panjang kerana mungkin banyak lagi gajah liar di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, operasi pemindahan haiwan tersebut dilakukan di Kampung Subong dan RPT Kesedar Sungai Terah.

Dua ekor gajah liar itu ditangkap dua hari beturut-turut pada 2 dan 3 Mac lalu. Haiwan tersebut dianggarkan berusia 20 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI