KUALA LUMPUR – Sebuah restoran nasi kandar yang terletak di Jalan Bangsar Utama 8, di sini terbakar kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Perkara tersebut disahkan oleh jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur hari ini.
Ujarnya, operasi masih berjalan dan kenyataan akan dikeluarkan mengenai kejadian itu dalam masa terdekat.
Terdahulu, kebakaran premis tersebut dilaporkan oleh beberapa pengguna media sosial di aplikasi X.
Kejadian itu juga memaksa pekerja premis berdekatan keluar dan berkumpul di kawasan lapang kerana dikhuatiri kebakaran semakin memburuk.
Beberapa pengguna juga melaporkan terdengar bunyi letupan sebelum ternampak kepulan asap dari premis berkenaan.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE