fbpx

Kami tidak akan maafkan dia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian bunuh di ladang kelapa sawit di Kg. Cina, Pantai Remis di Manjung semalam.

BERUAS – Waris kepada pasangan suami isteri yang dipercayai dibunuh dalam kebun kelapa sawit semalam, tidak akan memaafkan suspek walau dalam apa keadaan sekalipun.

Anak perempuan mangsa yang enggan dikenali, berkata mereka lima beradik terkejut dengan kejadian tersebut dan tidak menyangka bapa saudara mereka sanggup mengambil tindakan sekejam itu.

“Keluarga kami dan keluarga suspek memang ada hal sebelum ini tetapi tidaklah sampai berbunuhan.

“Kami juga tidak tahu kenapa perlu sampai membunuh jika pun ada masalah keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pantai Remis, dekat sini hari ini.

Dia mengesahkan suspek adalah adik bongsu keluarga sebelah mendiang bapa mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi memberitahu hasil bedah siasat kedua-dua mangsa mendapati punca kematian adalah pendarahan berlebihan akibat luka tetakan dan tikaman.

Media semalam melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dalam sebuah kebun kelapa sawit di Pantai Remis, dekat sini, dipercayai dibunuh oleh ahli keluarga terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI