fbpx

Foto dengan negarawan, Inul Daratista dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INUl dan suami bergambar dengan bekas Presiden Indonesia, Suharto.

ENTAH di mana silapnya, penyanyi dangdut Inul Daratista kerap menjadi bahan kecaman netizen yang seolah-olah membenci setiap tindakannya.

Terharu ibu kepada seorang anak itu mendedahkan menerima pelbagai ejekan dan hinaan selepas berkongsi gambar dengan bekas presiden dan negarawan lain.

Sedikit sebanyak perkara tersebut membuatkan dirinya berasa pelik kerana sepanjang tempoh bergelar anak seni dia tidak pernah menyakiti hati orang.

Namun setiap kali berkongsi sesuatu hantaran mahupun gambar di media sosial, pasti mencetuskan huru-hara sedangkan perkongsian dibuat sekadar untuk kenangan.

Selain bersama Presiden Republik Indonesia dari era Soeharto hingga Jokowi, Inul juga kerap merakamkan dan berkongsi gambar dengan ahli politik sensasi.

Selain mengecam, ramai yang mengancam enggan lagi menjadi pengikut Instagramnya, namun dia enggan melayani individu dengan menyifatkan golongan seperti ini sarat sifat toksik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI