fbpx

Ferrari milik bintang F1 ditemui selepas 3 dekad dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Ferrari milik Berger yang dicuri di Itali tetapi ditemui polis di London baru-baru ini. - Foto AFP/Getty Images/Polis Metropolitan

LONDON – Polis Britain akhirnya menemui sebuah kereta Ferrari yang dicuri daripada pemandu Formula Satu (F1) Austria, Gerhard Berger, di Itali hampir tiga dekad lalu, lapor laman berita NBC News semalam.

Ferrari F512M berwarna merah itu adalah salah satu daripada dua supercar yang dicuri semasa pemandunya berada di Imola untuk menyertai acara Grand Prix San Marino pada April 1995.

Pasukan Polis Metropolitan London dimaklumkan oleh pengeluar kereta itu pada bulan Januari lalu bahawa sebuah Ferrari dalam proses dijual kepada pembeli Amerika Syarikat (AS) oleh seorang broker dari Britain.

Siasatan yang dilakukan oleh Unit Jenayah Kenderaan polis mendapati kereta itu telah dibawa ke Britain dari Jepun pada akhir 2023.

Anggota polis kemudian merampas kereta itu, yang dikatakan bernilai hampir £350,000 (RM2.1 juta).

Bagaimanapun, sebuah lagi Ferrari yang dicuri masih belum ditemui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI