fbpx

3 maut nahas empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan empat kenderaan yang meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor Bahru, malam semalam.-Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Tiga maut termasuk seorang wanita warga emas dalam nahas membabitkan kemalangan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya di sini malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Kanan Bomba M.K Haridas berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya itu pada pukul 11.41 malam.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah treler, Perodua Myvi, Perodua Alza dan Honda Civic.

“Seramai sembilan orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah treler jenis Scania dan tiga buah kenderaan.

“Pemandu Perodua Myvi yang berusia 40-an dan pemandu Honda Civic serta penumpang wanita warga emas masing-masing yang berusia 45 dan 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Haridas berkata, pemandu Perodua Alza berusia 46 tahun mengalami cedera parah dan pemandu treler berusia 28 tahun mengalami kecederaan pada pinggang.

Kesemua mangsa yang maut dan cedera dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan kecemasan serta bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI