fbpx

1,000 peniaga berhimpun di enam lokasi bazar sekitar Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrul Musa (tiga dari kanan) bersama barisan rakan strategik dan penaja, Rantai Arts, Semboyan Malaysia, Tempatan Fest, Platform PCari dan Minaz.

PETALING JAYA – Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP24) akan menghimpunkan kira-kira 1,000 peniaga membabitkan lima lokasi bazar Ramadan serta satu lokasi bazar mega Aidilfitri.

Pengarah Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya(PPj), Jeffri Mustapa berkata, bazar Ramadan akan bermula pada 12 Mac sehingga 9 April, manakala bagi bazar Mega Aidilfitri bermula 8 Mac sehingga 9 April di sekitar Putrajaya.

Jelasnya, festival dengan kerjasama Ingenious Creative Lab (M) Sdn. Bhd. itu terbahagi kepada lima komponen utama iaitu lokasi bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar dan Food Truck Ramadan.

Beliau berkata, jualan mega Aidilfitri sempena FRP2024 dikenali sebagai Jualan Anjung Syawal bertempat di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, Putrajaya.

“PPj juga melihat FRP24 sebagai satu pusat sehenti yang memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan seperti juadah berbuka puasa termasuk barangan persiapan untuk menyambut hari raya.

“Saban tahun, PPj melihat penganjuran festival ini semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Untuk rekod, tahun lalu telah menyaksikan jumlah kehadiran pengunjung mencecah seramai 600,000 orang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jeffri berkata, pihaknya juga akan berkolaborasi bersama platform gergasi media sosial, TikTok pada FRP24 itu.

“Dengan menggunakan tagline #kongsibersama dan #festivalramadanputrajaya, kolaborasi bersama Tik Tok ini akan memberi peluang kepada semua usahawan di FRP 2024 membuat promosi produk masing-masing bersama pempengaruh,”jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Ingenious Creative Lab, Shahrul Musa berkata, Jualan Anjung Syawal dengan tema “1001 warna lebaran” diilhamkan oleh budaya Timur Tengah.

“Jualan Anjung Syawal kali ini menyaksikan penglibatan lebih 100 usahawan daripada pelbagai cabang perniagaan. Kami di Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd juga berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan PPJ untuk meneruskan Jualan Anjung Syawal buat kali kedua.

“Pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu kesenian (minggu pertama), kecantikan (minggu kedua), sukan (minggu ketiga) dan islamik (minggu keempat),”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI