fbpx

Zakat fitrah di Pulau Pinang antara RM7 hingga RM21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) menunjukkan kadar zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang tahun ini di Dewan An-Ansor Masjid Al-Muhajirin, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Pulau Pinang antara RM7 hingga RM21, tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Mohamad Abdul Halim berkata, penetapan kadar itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri terbabit.

Menurutnya, jumlah yang ditetapkan itu turut memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah dengan kadar lebih tinggi mengikut kemampuan.

“Kadar RM7 khusus buat beras super spesial tempatan lima peratus, beras hancur atau lain-lain yang setara dengannya.

“Kadar RM14 meliputi beras rebus, beras siam, beras putih import, veras perang atau setara dengannya manakala RM21 membabitkan beras wangi, beras pulut, beras basmati, beras herba ponni, beras calrose atau setara dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Zakat Fitrah dan Sumbangan Ehya Ramadan di Dewan An-Ansor Masjid Al-Muhajrin Seberang Jaya di sini, hari ini. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Amran Hazali.

Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, seramai 1,699 amil telah ditauliahkan meliputi 237 kariah pada tahun ini.

“Umat Islam dinasihatkan supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang sah dan dilantik oleh MAINPP sebagaimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 16, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

“Pembayaran juga boleh dibuat melalui kaedah dalam talian melalui portal zakatpenang2u.com dan JomPay,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI