fbpx

[VIDEO] Adira nekad cerai, Datuk Red anggap balasan angkara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adira dan suaminya, Datuk Red.

GOMBAK – Penyanyi Adira Suhaimi tetap bulat hati mahu meneruskan perceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, berharap segala kemelut rumah tangganya segera berakhir seperti yang dimahukan.

“Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat,” katanya kepada Kosmo! Online, hari ini.

Adira yang berbaju putih ditemani peguam syarie mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor sekitar pukul 9.05 pagi bagi mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sementara itu, Datuk Red yang hadir selang beberapa minit kemudian berharap rumah tangganya masih boleh dipertahankan, selain enggan bercerai demi anak-anak.

“Saya kahwin lapan tahun lalu bukan untuk cerai, anak pun dah empat. Orang lain boleh cakap apa nak cakap, sebab mereka tak lalui. Saya fikir pengorbanan ini bukan untuk saya tapi untuk anak-anak.

“Bila mereka tonton video ini, saya berkorban semua ini untuk mereka.

“Pujuk-memujuk itu biasa la memang ada. Tapi perempuan ini kalau marah macam itu. Saya dah cuba tapi bila dah sampai tahap begini, sudah habis berusaha,” katanya.

Begitupun, Datuk Red yang ditemani peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan berlapang dada menerima apa jua keputusan dengan reda.

“Mungkin ini bukan dugaan saya tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu. Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus kepada keluarga.

“Dah ditakdirkan begitu, saya terima saja. Tapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang untuk keluarga,” katanya.

Hari ini merupakan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.

Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) manakala Adira selaku plaintif telah melantik kakaknya Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.

Dalam proses tersebut, wakil pihak masing-masing akan memberi nasihat bagi mencari penyelesaian kemelut yang dihadapi.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor atas alasan tiada persefahaman.

Sebelum ini Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI