fbpx

Suami curang lapor polis kerana dibelasah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IR membuat laporan di Balai Polis Palembang pada 29 Februari lalu. – iNews

JAKARTA  –  Seorang lelaki di Palembang, wilayah Sumatera Selatan membuat laporan polis selepas dia dibelasah isterinya kerana  berlaku curang, lapor laman berita GoRiau.

Mangsa  yang dikenali sebagai IR berkata,  si isteri  memukulnya dengan menggunakan batang besi panjang sehingga menyebabkan dia cedera di kepala.

Wanita itu bertindak demikian selepas mendapati mangsa curang kepadanya.

“Kami dalam proses bercerai,” kata IR ketika membuat laporan di Balai Polis Palembang pada 29 Februari lalu.

Tambah IR, dalam kejadian itu,  si isteri memarahinya selepas mendapat tahu dia curang bersama wanita lain di rumah mereka sendiri.

“Isteri marah dan kami bertengkar. Saya kemudian masuk ke dalam bilik sebelum dia (isteri) mengambil besi dan memukul saya,” ujarnya.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak polis berhubung insiden itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI