PETALING JAYA – Kumpulan MR D.I.Y. (MR D.I.Y.) bekerjasama dengan selebriti popular, Alif Satar untuk menjayakan promosi Ramadan dan hari raya yang menawarkan inisiatif menarik termasuk aktiviti bagi meraikan para pelanggannya.
Melalui tema Raya Sama-Sama, peruncit perkakas rumah itu bakal menawarkan lebih daripada 100 barangan keperluan rumah untuk sambutan hari raya meliputi pelita raya, hiasan gantung, lampu LED, alas meja, langsir, hadiah perayaan, beg beli-belah, sampul duit raya hinggalah kepada produk makan.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, di bawah inisiatif tersebut, pelanggan boleh menikmati barangan hiasan rumah, alatan pembersihan dan pelbagai jenis makanan ringan dan minuman dengan diskaun sehingga 30 peratus.
“Barangan rumah adalah penting dalam setiap perayaan dan dengan menyediakan rangkaian yang luas pada nilai yang luar biasa, kami di MR D.I.Y. akan membolehkan semua rakyat meraikan hari raya tanpa perlu berasa bimbang dengan membantu meringankan beban dompet mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Alif, syarikat akan menganjurkan sesi berbuka puasa dengan artis tersebut melalui satu pertandingan yang diadakan yang mana peminatnya perlu mengambil gambar dengan visual Alif Satar di mana-mana cawangan MR D.I.Y.
Kemudian peserta boleh menghantar kepada platform media sosial masing-masing dengan tanda pagar #MRDIYRayaxAlifSatar.
Peserta juga perlu tag seorang rakan yang ingin dibawa ke majlis ‘Buka Puasa’ MR D.I.Y bersama Alif Satar dan tag juga akaun sosial MR D.I.Y. @MRDIY
“Gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang bertuah,” jelasnya.
Selain itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat keping sampul duit raya percuma sementara stok masih ada. -KOSMO! ONLINE