fbpx

Piala Presiden, Piala Belia medan pemain muda berkembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis undian Piala Presiden dan Piala Belia musim 2024 diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan tinggi agar pemain muda tanah air dapat menjadikan kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia musim ini sebagai platform untuk menyerlahkan bakat masing-masing.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Md Dali Wahid berkata, kejohanan peringkat pembangunan yang dianjurkan kali ini berpotensi untuk mencungkil potensi pemain mewakili skuad pelapis Harimau Malaya pada masa depan.

Kata Md. Dali, sebanyak 18 pasukan yang akan bersaing pada saingan Piala Belia selain 16 pasukan pada Piala Presiden dan sudah pasti harapan kali ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi.

“Kita harap kedua-dua kejohanan ini dapat dijadikan sebagai medan buat pemain serlahkan bakat dan kalau boleh ada seorang atau dua pemain yang boleh diketengahkan untuk skuad kebangsaan akan datang.

“Selain itu, ini adalah peluang mereka untuk mempamerkan potensi sebenar sebelum dipilih untuk mewakili negeri masing-masing bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak pada Ogos depan,” katanya ketika ditemui.

Sebagai rekod, kejohanan Piala Belia yang membabitkan pasukan bawah 18 (B-18) tahun akan bermula pada 27 April manakala Piala Presiden yang membabitkan pasukan B-20 berlangsung pada 21 April depan.

Pada saingan musim lalu, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) III berjaya menjuarai trofi Piala Presiden manakala skuad pembangunan Selangor FC mendominasi Piala Belia.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI