fbpx

Pembunuh Siti Nur Surya dipenjara 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nur Athirah dibawa keluar kamar mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan membunuh Siti Nur Surya (Gambar kecil) di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan kejam seorang bekas pelajar tingkatan enam membunuh rakan baiknya pada empat tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya yang ketika itu berusia 19 tahun.

Perbuatan tersebut dilakukan Siti Nur Athirah di rumah mangsa di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong , Hulu Terengganu antara pukul 8.30 pagi dan 9.30 pagi, 1 November 2020.

Dia mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan berdasarkan pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Kosmo! 2 November 2020 pernah melaporkan negara pernah digemparkan dengan pembunuhan kejam Siti Nur Surya ditemui mati dengan kesan tikaman dan pergelangan tangan kirinya putus.

Mayat Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah oleh adik bongsunya, Norliyana Shuhada yang ketika itu berusia 15 tahun di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah.

Tambah menyedihkan perbuatan kejam itu disaksikan ibu Siti Nur Surya yang terlantar sakit akibat kanser otak di katil berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI