fbpx

Pemandu lawan arus kerana Google Maps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bajaj dipandu secara melawan arus berhampiran tol Jakarta-Tangerang. – Okezone

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang pemandu beca berenjin (bajaj) yang memandu secara  melawan arus di Jakarta akibat terlalu mengikut aplikasi pemetaan Google Maps, lapor portal berita Okezone.

Kejadian berlaku kelmarin dekat tol Jakarta-Tangerang.

Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu, pihaknya menahan pemandu berkenaan untuk siasatan.

Ujarnya, pemandu tersebut mengaku bahawa dia terlalu khusyuk mengikuti arahan Google Maps sehingga tidak menyedari sebarang papan tanda tepi jalan.

“Alasannya adalah dia mengikuti aplikasi Google Maps sehingga tidak melihat papan tanda jalan sebelum kawasan Tomang,” ujarnya.

Tambah Andy, pihaknya sekadar memberi teguran kepada pemandu berkenaan, dan tiada tindakan diambil terhadapnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI