CALGARY, KANADA – Seorang pelajar Universiti British Columbia (UBC) menarik perhatian orang ramai kerana berulang-alik dari Calgary ke Vancouver dengan menaiki kapal terbang semata-mata untuk menghadiri kuliah, lapor saluran berita NDTV.
Pelajar dikenali sebagai Tim Chen itu berkata, dia berbuat demikian selepas membuat perbandingan antara kos menyewa sebuah flat di Vancouver dan membeli tiket kapal terbang.
Chen memilih menaiki penerbangan kerana harganya jauh lebih murah berbanding menyewa kediaman di bandar raya tersebut di Kanada.
Difahamkan bahawa Chen perlu menghadiri dua kuliah pada setiap minggu di UBC dan dia membelanjakan sekitar AS$150 (RM709) untuk setiap penerbangan pergi atau bersamaan hampir AS$1,200(RM5,677) sebulan
Kos sewa bulanan di Vancouver pula mencecah AS$2,100(RM9,935).
Justeru, Chen membuat keputusan bahawa menaiki penerbangan adalah pilihan yang bijak dan lebih jimat berbanding tinggal di Vancouver. – AGENSI