fbpx

Majlis kahwin berlangsung depan kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kubur berada betul-betul di hadapan pentas pelamin. – TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai kerana berlangsung di tengah kawasan perkuburan, lapor laman berita Abata News kelmarin.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, acara itu dilihat berlangsung secara meriah dengan hiasan khemah berwarna putih dan ungu.

Apa yang paling menjadi perhatian ramai adalah sebuah kubur yang terletak betul-betul di hadapan pentas pelamin.

Kubur itu dikelilingi oleh beberapa batang kayu yang dipacak di sekelilingnya sebagai penanda agar tetamu tidak melangkahnya. 

Tidak dinyatakan alasan majlis tersebut diadakan di situ dan lokasi sebenar kawasan perkuburan itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Dekorasi khemah sudah cantik tetapi mengapa diadakan di kubur?” kata seorang netizen.

“Majlis perkahwinan yang mengingatkan kematian,” ujar netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI