fbpx

Juruterbang jadi bidan terjun bantu wanita bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jakarin mendukung bayi yang dilahirkan - Thaiger

BANGKOK – Seorang juruterbang syarikat penerbangan Thailand membantu seorang penumpang untuk bersalin selepas wanita hamil  itu  mengalami kesakitan  semasa menaiki penerbangan dari Taiwan menuju ke Bangkok, laporan akhbar Thaiger.

Juruterbang  berkenaan, Jakarin Sararnrakskul dilaporkan tidak mempunyai latihan perubatan atau asas pertolongan cemas, namun dia nekad membantu ibu tersebut  melahirkan seorang bayi lelaki.

Kejadian berlaku semasa Jakarin menerajui penerbangan VietJet Airbus A320 selama empat jam dari Taipei ke Bangkok pada  23 Februari lalu.

Setelah mendapat panggilan kecemasan daripada kru kabin, Jakarin meminta pembantu juruterbang untuk mengemudi pesawat dan  bergegas membantu pesakit.

Walaupun tidak pernah berada dalam situasi seumpamanya  sepanjang 18 tahun dia bertugas sebagai juruterbang, Jakarin berjaya  membantu wanita berkenaan bersalin ketika pesawat berada beberapa ribu meter di ruang udara.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI