fbpx

Bas Rapid KL musnah terbakar di Jalan Klang Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas Rapid KL yang dilaporkan terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah bas dua tingkat milik Rapid KL terbakar dalam kejadian berhampiran Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 8.06 pagi.

Katanya, enam buah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dibantu BBP Seputeh dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 16 anggota lain-lain pangkat.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah bas RapidKL telah terbakar di bahu jalan.

“Tindakan pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera untuk memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, bas tersebut musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut dan punca insiden masih dalam siasatan.

“Kebakaran bas tersebut melibatkan 90 peratus kemusnahan dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI