fbpx

Tiga lelaki warga Bangladesh maut dilanggar komuter ketika melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mayat lelaki yang ditemui maut dipercayai dilanggar komuter dalam kejadian di Landasan KTM, Taman Puncak Utama Jade Hill, Kajang, malam tadi.

KAJANG – Tindakan tiga lelaki warga asing ceroboh dan menyeberangi landasan kereta api mengundang padah apabila kesemua mereka ditemui maut bergelimpangan dalam kejadian di laluan KTM Serdang ke KTM Kajang, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.30 malam.

Katanya, seorang lelaki tempatan telah menjumpai tiga lelaki yang bergelimpangan di tepi landasan kereta api disyaki dilanggar oleh tren komuter.

“Semasa pengadu sedang bertugas, dia dimaklumkan pemandu tren komuter telah terlanggar objek di kilometer 408.400 sebelum pengadu bersama rakannya ke lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga mangsa ditemui tidak sedarkan diri dipercayai telah dilanggar oleh tren komuter dari arah Serdang ke Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah sampai ke tempat kejadian sebelum mendapati tiga lelaki disyaki warga asing bergelimpangan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pihak Hospital Kajang yang sampai ke tempat kejadian mengesahkan kematian kesemua mangsa pada pukul 10.45 malam.

“Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati dua daripadanya warga Bangladesh dan seorang lagi warga Myanmar.

Sehubungan itu, Nasir memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Sarjan Ariffin di talian 012-2444608.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga lelaki warga Bangladesh maut dipercayai dilanggar komuter dalam kejadian di Landasan KTM, Taman Puncak Utama Jade Hill, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berkata, seramai lima anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kemalangan melibatkan sebuah komuter telah melanggar tiga lelaki warga asing disyaki berusia antara 30-an hingga 40-an.

Mereka didapati menceroboh melalui landasan kereta api dan kesemua mangsa dipercayai tercampak di tepi landasan terbabit dan tidak tersepit.

Tambahnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian.

Operasi selesai pada pukul 12.05 tengah malam dan ketiga-tiga mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI