fbpx

Sokongan rakyat Amerika kepada Joe Biden merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joe Biden – CNN

WASHINGTON – Tinjauan pendapat terbaharu mendapati sokongan kepada Presiden Joe Biden makin merosot, manakala semakin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih bekas Presiden Donald Trump, lapor agensi United Press International semalam. 

Menurut tinjauan pendapat  akhbar The New York Times dan Kolej Siena, hanya 25 peratus pengundi negara itu beranggapan dasar yang dikemukakan oleh Biden merupakan hala tuju yang betul,  manakala bilangan mereka yang setuju ekonomi AS kini dalam keadaan lemah meningkat lebih dua kali ganda. 

Rating yang tidak menyokong Biden pula meningkat kepada 47 peratus, angka tertinggi sepanjang beliau  bergelar Presiden AS.

Keputusan tersebut menunjukkan Biden lemah dalam mendapatkan sokongan di kawasan kubu Parti Demokrat, termasuk dalam kalangan pengundi wanita, komuniti  kulit hitam dan Latin.

Selain itu, kira-kira 97 peratus penyokong Trump berhasrat untuk menyokongnya sekali lagi pada  tahun ini.

Namun, hanya 83 peratus responden yang mengundi Biden pada 2020 berhasrat berbuat demikian, manakala 10 peratus lagi menyokong Trump. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI