JAKARTA – Sebanyak dua bungkusan mirip pocong ditemui penduduk sebuah kampung di daerah Purwokerto Selatan, wilayah Jawa Tengah semalam, lapor portal berita Detik.
Bungkusan itu ditemukan oleh seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Darso dalam keadaan terikat di bahagian atas, bawah, tengah dan atas.
Menurut seorang lagi penduduk tempatan bernama Arif, lokasi itu dijadikan tempat pembuangan sampah oleh mereka dan kerap mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
“Bungkusan misteri itu ditemui di sebelah rumah Darso. Biasanya, lokasi itu memang dijadikan tempat pembuangan sampah. Jadi ada bau menyengat seperti bau bangkai,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Purwokerto Selatan, Puji Nurochman berkata, penemuan tersebut bukan pocong ataupun janin bayi.
Sebaliknya, hanya dua ekor bangkai kucing yang dibungkus seperti pocong, katanya. – AGENSI