fbpx

Jualan Agro Madani bantu pengguna beli barang harga murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin menyerahkan barangan kombo program Jualan Agro Madani berharga RM10 kepada pengunjung sempena perasmian Pasar Tani Surau Al-Husna, Seri Semarak hari ini. - Foto oleh AMARULLAH ZAINUZZAMAN KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan satu lagi program Jualan Agro Madani di Pasar Tani Surau Al-Husna, Seri Semarak di sini, dalam usaha menyediakan barangan keperluan kepada pengguna dengan harga lebih murah.

Pasar Tani Surau Al-Husna yang terletak di hadapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, beroperasi sejak Disember lalu dengan perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Aminuddin Zulkipli, hari ini.

Aminuddin berkata, program Jualan Agro Madani di Pasar Tani Surau Al-Husna itu juga langkah membantu komuniti setempat mendapatkan barangan dengan harga murah menjelang Ramadan.

“Kita melaksanakan jualan kombo istimewa dengan harga RM10 berbanding RM15 melibatkan ayam seekor, sayur, bawang dan sebagainya sempena perasmian pasar tani hari ini.

Antara pengunjung hadir sempena perasmian Pasar Tabi Surau Al-Husna, Seri Semarak hari ini. – Foto oleh AMARULLAH ZAINUZZAMAN KOSMO!

“Pembukaan Pasar Tani Surau Al-Husna ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk PPR Seri Semarak, bahkan PPR di sekitarnya dan mereka yang menggunakan laluan sekitar sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jualan Agro Madani di Pasar Tani Surau Al-Husna adalah anjuran KPKM melalui Fama dengan kerjasama pihak Surau Al-Husna, Seri Semarak serta dibuka setiap Isnin pukul 5 petang hingga 10 malam.

Sebelum ini media melaporkan, Fama menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro Madani 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Aminuddin dipetik berkata inisiatif itu dijangka memberi manfaat melibatkan 7.2 juta isi rumah dengan nilai penjimatan dianggarkan RM77.25 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI