fbpx

Guru perlu patuhi garis panduan media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA Sidek pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali ke-8 2023 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai garis panduan penggunaan media sosial dan setiap guru perlu mematuhi selain menggunakannya untuk tujuan yang baik.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, guru tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian dan sekiranya aduan diterima, siasatan akan dibuat dan seterusnya tindakan boleh diambil.

“Kita sudah ada garis panduan penggunaan media sosial ke atas guru-guru yang membuat kandungan di platform tersebut, dan haruslah ia dilaksanakan dengan tujuan yang baik.

“Bagaimanapun, KPM akan memantau dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan garis panduan yang ditetapkan dapat dipatuhi dan mereka (guru-guru) juga dalam radar pemantauan kita,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali Ke-8 2023 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains lslam Malaysia (USIM) Nilai, di sini hari ini.

Baru-baru ini Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang yang mencadangkan kepada KPM agar menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang perbuatan guru yang memuat naik bahan berkaitan isu dalaman sekolah di media sosial.

Katanya, jika tiada sebarang tindakan secara menyeluruh ia akan memberi impak negatif terhadap institusi pendidikan negara.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihak kementerian berbangga kerana graduan kolej vokasional kini telah mencapai 98 peratus kadar kebolehpasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI