fbpx

Geng Haiti bebaskan 3,800 banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan penduduk melihat bangunan penjara utama yang kosong di Port-au-Prince semalam. – AFP

PORT – AU- PRINCE – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila anggota-anggota kumpulan penjenayah  menyerang sebuah penjara utama di ibu kota Haiti dan membebaskan beribu-ribu banduan, kata seorang wartawan AFP dan sebuah badan bukan kerajaan(NGO) semalam.

Serangan semalaman itu berlaku sebagai sebahagian daripada rentetan baru keganasan melampau di Port-au-Prince, di mana kumpulan-kumpulan  bersenjata mengawal sebahagian besar bandar itu dan  mencetuskan huru-hara sejak Khamis lalu.

Kumpulan-kumpulan penjenayah berkata,  mereka mahu menggulingkan Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry. Henry memerintah Haiti yang dilanda krisis sejak Presiden Jovenel Moise dibunuh pada 2021.

Hanya 100 daripada 3,800 banduan yang ditempatkan di penjara tersebut, masih berada di sana selepas serangan pada Sabtu lalu, kata Pierre Esperance daripada NGO Rangkaian Nasional untuk Pertahanan Hak Asasi Manusia.

“Kami mengira banyak mayat banduan,” tambahnya.

Seorang wartawan AFP yang melawat penjara sama semalam melihat kira-kira  12  mayat bergelimpangan di luarnya. Ada mayat  mengalami kesan luka akibat terkena peluru atau senjata lain.

Wartawan tersebut memasuki penjara itu selepas melihat  pintu pagar terbuka. Menurutnya, ‘hampir tiada sesiapa’  di dalam penjara tersebut.

Dalam satu kenyataan, kerajaan Haiti berkata,  polis cuba menangkis serangan kumpulan-kumpulan penjenayah ke atas penjara itu dan penjara lain bernama Croix des Bouquets.

Ketua penjenayah Haiti, Jimmy Cherisier  yang dikenali sebagai ‘Barbecue’  berkata dalam satu rakaman video bahawa kumpulan-kumpulan  bersenjata di Haiti mahukan  Henry berundur. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI