fbpx

FAM enggan isu pergaduhan bayangi aksi Piala Presiden dan Belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAM telah mengadikan sesi taklimat serta majlis undian Piala Presiden dan Piala Belia musim 2024 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. - FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu insiden pergaduhan selain tidak menghormati pengadil perlawanan berulang pada kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Md Dali Wahid berkata, amaran telah diberikan pada sesi taklimat yang dihadiri oleh semua pasukan yang bertanding di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

“Taklimat hari ini banyak menyentuh berkaitan segala peraturan perlu dipatuhi dan undang undang pertandingan.

“Saya juga mahu sentuh mengenai keselamatan sebab perlawanan Piala Presiden dan Piala Belia dianjurkan di padang terbuka dan ada juga di stadium.

“Apabila terbuka, macam tahun lalu ada insiden yang tidak diingini berlaku, contoh macam pergaduhan serta memukul pengadil. Jadi kita harap tahun ini kita tak nak perkara itu berlaku.

“Pihak FAM akan ambil tindakan tegas terhadap insiden terbabit dan kita memang akan menitikberatkan soal keselamatan,” katanya ketika ditemui pada majlis undian Piala Presiden dan Piala Belia petang tadi.

Kejohanan Piala Belia yang membabitkan pasukan bawah 18 (B-18) tahun akan bermula pada 27 April manakala Piala Presiden yang membabitkan pasukan B-20 berlangsung pada 21 April depan.

Pada saingan musim lalu, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) III berjaya menjuarai trofi Piala Presiden manakala skuad pembangunan Selangor FC mendominasi Piala Belia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI