fbpx

Dunia perlu contohi Australia jaga minoriti Islam – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri menggesa masyarakat dunia menjadikan Australia sebagai contoh dalam menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti.

“Gesaan itu saya tekankan sewaktu berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa seraya diapit Azizah (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan delegasi Malaysia.

“Hatta, dunia boleh menjadikan Australia sebagai contoh untuk menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya,” katanya di lama Facebook.

Pada hantaran sama, Anwar berkata, pada hari pertama lawatannya ke Australia itu juga, beliau dibawa melihat kawasan sekitar negara terbabit.

Selain itu katanya, beliau turut ditemuramah pelajar kolej berkaitan isu global, Gaza, Islamophobia dan terkait Islam amnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Anwar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam tadi sempena lawatan rasmi ke Australia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata, lawatan sulungnya itu juga dibuat atas jemputan rakan sejawat, Anthony Albanese.

Semasa lawatan itu juga, beliau akan mengadakan perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI