fbpx

Dewan Rakyat: 4,407 pemberi pinjam wang berlesen di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat dimaklumkan terdapat sebanyak 4,407 pemberi pinjam wang (PPW) berlesen yang aktif di seluruh negara sehingga 31 Januari lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Hajah Raj Munni Sabu berkata, sebanyak 3,329 PPW terlibat beroperasi di Semenanjung Malaysia, Sabah (562), Sarawak (511) dan Labuan (lima).

Menurut beliau, semakan status pelesenan syarikat terbabit boleh dibuat melalui aplikasi i-KrediKom bagi Semenanjung Malaysia atau mendapatkan pengesahan pihak autoriti pelesenan PPW bagi Sarawak, Sabah dan Labuan.

“Berdasarkan akta, kadar faedah bagi pinjaman cagaran hendaklah tidak melebihi 12 peratus setahun atau satu peratus sebulan dan faedah pinjaman tanpa cagaran tidak melebih 18 peratus setahun atau 1.5 peratus sebulan.

“Faedah tidak boleh pada bila-bila masa dikutip oleh pemegang lesen atau suatu jumlah melebihi jumlah pokok yang dikenakan bayaran.

“Bagi kesalahan mengenakan kadar faedah melebihi had dibenarkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebih 18 bulan atau kedua-duanya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) berhubung jumlah PPW berlesen dan sama ada kerajaan bercadang mengurangkan kadar faedah maksimum yang dikenakan agar tidak membebankan pengguna.

Terdahulu, Hajah Raj Munni memaklumkan, KPKT melaksanakan pemantauan berkala ke atas premis syarikat PPW dengan sasaran sekurang-kurangnya sebanyak 850 premis PPW berlesen setiap tahun.

Menurut beliau, KPKT namun tidak mempunyai perancangan untuk meminda peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 9Akta 4000 termasuklah peruntukan berkaitan dengan hukuman bagi pelanggaran yang dilakukan oleh PPW.

“Hal ini adalah kerana peruntukan sedia ada di bawah akta tersebut adalah memadai sebagai punca kuasa perundangan kepada Kementerian ini dalam mengawal selia industri PPW dan melindungi kepentingan peminjam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI