fbpx

Berpuluh ribu pengunjung sambut Ustaz Azhar di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar orang ramai sambut kedatangan Ustaz Azhar Idrus di Narathiwat semalam.

PETALING JAYA –  Berpuluh-puluh ribu pengunjung hadir untuk mengikuti ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Narathiwat, Thailand malam tadi.

Melalui perkongsian di laman sosial, ketibaan UAI juga disambut oleh pengunjung yang berbaris di tepi jalan berhampiran masjid Kampung Baru Sepom.

Ceramah yang berlangsung selama dua jam itu mengupas pelbagai isu termasuk bersembahyang di masjid, niat puasa dan cara solat dengan betul.

Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bersama pengunjung yang hadir dalam ceramah berkenaan.

Jumaat lalu, ribuan pengunjung turut hadir bagi mendengar ceramah daripada UAI yang berlangsung di Sekam, Mayo Pattani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI