fbpx

[VIDEO] Demi Allah tak pernah, Che Ta nafi hina golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozita Che Wan tampil menafikan dakwaan menghina golongan B40 malah menegaskan dirinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. - Foto AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan kesal dengan laporan yang seolah-olah memperlihatkan dirinya membuat perbandingan kehidupan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sebagai golongan kaya (T20) dengan golongan pertengahan (B40).

Rozita atau mesra disapa Che Ta ketika ditemui menafikan pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga kesal difitnah dengan berita tidak benar.

“Saya tidak pernah kata begitu. Saya tidak tahu daripada mana mereka dapat sumber berita tidak bertanggungjawab itu.

“Sudah tentu saya kesal. Kenapa nak memanipulasi kenyataan saya? Netizen yang tidak tahu apa-apa akan salahkan bukan saya seorang, tetapi artis lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah selebriti berusia 51 tahun itu lagi, jika kenyataan yang ditulis berita tersebut adalah benar sekali pun, namun bagi Che Ta, perkara tersebut tidak membezakan kehidupannya dengan orang lain apabila masih perlu bekerja keras untuk hidup senang.

“Sekali pun kalau saya kata begitu, tak ada beza pun dengan orang lain. Saya tetap kena bekerja. Lainlah kalau saya hidup mewah disebabkan duit turun dari langit.

“Makan dan tidur sahaja, tak perlu bekerja dari pagi sampai ke malam. Seperti hari ini, saya baru sampai dari Kelantan. Masuk pejabat sebentar untuk mesyuarat, terus ke program seterusnya. Apa hebatnya T20 kalau saya kena kerja begitu,” kata Che Ta.

Atas dasar itulah, Che Ta yang ditemui semasa majlis Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di pusat beli-belah MyTown, di sini, hari ini bersumpah tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan berbangga diri kerana hidup mewah sehingga sanggup menghina orang berpendapatan rendah.

“Saya tidak pernah membezakan sama ada T20 atau B40. Tidak pernah! Demi Allah tak pernah!

“Saya jadi begini (hidup senang) pun disebabkan sokongan daripada orang ramai iaitu golongan B40. Ingat T20 nak layan ke?

“Saya keluarkan produk pun untuk golongan B40. Produk saya memang mampu milik sebab saya nak semua orang cantik,” katanya.

Ditanya respons daripada pengikut sendiri, Che Ta lega peminatnya, terutama yang selalu mengikuti sesi Live dalam media sosial tahu bahawa dia tidak mungkin akan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Bila berita itu keluar, peminat atau netizen tahu kenyataan tersebut bukan keluar daripada mulut saya.

“Lagi pun pengikut dalam media sosial yang selalu ikut sesi Live saya, tahu saya orangnya bagaimana.

“Jadi mereka tahu kenyataan itu tidak mungkin keluar daripada mulut saya,” katanya yang berharap netizen tidak mudah terpedaya dengan berita yang tidak benar.

Hari ini, Che Ta berkongsi sebuah laporan berita dalam Instagram miliknya yang menggunakan tajuk seolah-olah dirinya menghina golongan B40.

Laporan berkenaan menyebut, Che Ta meminta golongan B40 tidak cemburukan Aaisyah, 10, yang hidup dalam kemewahan.

“Beranak dalam dulang emas. Jangan cemburu! Ini ‘childhood’ (kehidupan) T20 ya. Anda yang main parit apa tahu?” tulis laporan tersebut yang merujuk kononnya kenyataan daripada Che Ta. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI