fbpx

Skuasy sandaran pingat Olimpik LA28

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI (depan) memegang status pemain No. 1 wanita negara berdasarkan rankingnya dalam kelompok 20 terbaik dunia ketika ini.

INISIATIF baharu Road To Gold (RTG) memperkenalkan program RTG-Fast Track adalah langkah terbaik buat kontinjen Malaysia dalam misi membutirkan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Langkah awal itu adalah satu mekanisme terbaik buat skuad skuasy negara kerana sukan berkenaan akan dipertandingkan buat julung kalinya di pentas berprestij dunia tersebut.

Legenda skuasy negara, Datuk Nicol David gembira kerana empat pemain negara, Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman tersenarai dalam program berkenaan.

Situasi itu mampu membantu perjalanan dan persiapan empat pemain berkenaan untuk me­realisasikan pingat emas, sekali gus menjadi sandaran terbaik pada LA28.

“RTG-Fast Track adalah langkah pertama apabila mereka akan mendapat sokongan bermula sekarang. Selepas Paris 2024 nanti banyak peranca­ngan akan disusun buat mereka dan juga atlet pelapis.

“Atlet yang layak dalam program ini adalah atlet muda dan berbakat antara 16 hingga 25 tahun yang berpotensi untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik LA28.

“Kita akan lihat secara keseluruhan kerana dalam tempoh empat tahun ini banyak kita boleh buat perubahan. Kita juga akan beri tumpuan setiap tahun dan buat semakan sekiranya mereka layak berada dalam program utama RTG.

“Fokus mereka ketika ini adalah Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Itu adalah penanda aras buat mereka sebelum ke ­Olimpik LA28,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai semalam.

Selain atlet skuasy, dua penerjun muda negara iaitu Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney Harold disenarai dalam program RTG-Fast Track.

Antara kriteria untuk tersenarai dalam program itu adalah usia dalam lingkungan 16 hingga 25 tahun, ranking 20 terbaik dunia, pemenang pingat Sukan Asia atau Sukan Komanwel dan layak merit ke Olimpik Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI