fbpx

Sesak lebih 23km, treler terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN treler muatan tepung yang terbalik di Kilometer 292.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Simpang Pulai menyebabkan kesesakan teruk sejauh 23KM. FOTO IHSAN JBPM

IPOH – Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan tepung yang terbalik di Kilometer 292.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini sebentar tadi menyebabkan kesesakan sehingga lebih 23 kilometer (km).

Kejadian sekitar pukul 9 pagi itu menyebabkan lorong kanan di kedua-dua arah terhalang.

PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, kerja-kerja pengalihan treler berkenaan sedang dijalankan dan lorong kecemasan dibuka kepada kenderaan lain bagi mengurangkan kesesakan.

Setakat pukul 12.10 tengah hari ini, trafik dilaporkan sesak 13KM arah selatan dan arah utara pula mengalami kesesakan sehingga 23KM.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemandu treler berusia 40 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan kaki akibat tersepit.

“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan power unit dan rescue tool sehingga mangsa berjaya dikeluarkan. Kerja-kerja pembersihan jalan dilakukan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI