fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir seluruh negara sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran tersebut melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

“Turut menerima amaran sama ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar),” katanya hari ini.

Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

“Sarawak meliputi Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang), manakala Sabah pula merangkumi Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI