fbpx

Lelaki serah beras 50 kilogram sebagai mas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRWAN memilih beras sebagai salah satu hantaran mahar pernikahannya di Ponorogo,Jawa Timur, kelmarin. - Foto Kompas.com

 

JAKARTA  –  Seorang lelaki memberikan 50 kilogram beras sebagai salah satu mas kahwin dalam majlis pernikahan di wilayah Jawa Timur, lapor portal berita TribunJatim.  

Irwan Sokip, 29, yang berasal dari Ponorogo, memberikan beras tersebut kelmarin selepas menanam padi untuk dijadikan hantaran buat tunangnya, Ikrima Zakiyah, 26.

“Ada 50 kilogram beras yang saya jadikan mas kahwin,” katanya.

Selain beras, dia turut menjadikan emas seberat 1.5 gram, kelengkapan solat dan wang 2.4 juta rupiah (RM725.34) sebagai mas kahwin.

Dia memberikan beras sebagai mas kahwin ketika harga makanan ruji itu melonjak tinggi di Indonesia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI